Cinta monyet ialah suatu perasaan romantik yang lazimnya muncul semasa kematangan usia belum sempurna. Umumnya, cinta monyet tidak menuntut komitmen jangka panjang. Cinta monyet ialah pengalaman umum dalam proses pendewasaan.[1] Cinta monyet juga digambarkan sebagai pengalaman kedewasaan di mana kanak-kanak diberikan rasa individualisme kerana mereka merasakan emosi yang intim untuk seseorang yang bukan bahagian dari keluarga mereka sendiri.[2]